September 16, 2010

Bersatu Kita Teguh Bercerai Kita Roboh

Pada 30hb Ogos (20 Ramadhan) yang lepas negara Malaysia telah menyambut Kemerdekaan buat kali ke-53. Ini menarik minat saya untuk mengulas mengenai iklan ini yang amat mencuit hati. Iklan ini memaparkan plot penceritaan yang tersusun, ia membuatkan penonton mudah memahami mesej  yang cuba disampaikan. Contohnya, pada mulanya diperlihatkan suasana pertandingan selepas itu pasukan merah dan kuning diperkenalkan, dan acara pertandingan dimulakan. Ini telah menunjukkan plot iklan ini amat tersusun penceritaannya. Manakala, teknik pula memperlihatkan gerakan kemera amat bagus dan profesional kerana tiada gegaran atau bayangan objek, bahkan iklan ini amat menarik apabila memperlihatkan aksi perlawanan kayak di atas air. Selain itu, iklan ini juga memasukkan unsur-unsur jenaka di dalam penceritaan.  Mutu lakonan aktres di dalam iklan ini amat bagus dan mereka dapat memegang watak dengan baik. Contonya, Osman Kering yang memegang watak sebagai juru acara amat mencuit hati penonton dengan lakonananya, manakala pasukan kunig pula dapat memegang watak dengan baik sebagai seorang yang bengis dan mementingkan diri sendiri. Iklan ini wajar ditonton kerana mempunyai mesej yang mendalam iaitu memupuk semangat perpaduan dan bekerjasama dalam mempertahankan kedaulatan dan kemerdekaan negara setelah kita bersusah payah untuk memperolehinya.

Pahit Manis Sama Dirasa..Satu Arah Satu Negara..1 MALAYSIA....!!!!





















No comments:

Post a Comment