July 6, 2011

ntah la...

da lme xbkak blog ni...dulu bkak pn juz sbb nk wat asgmnt kt cni...rndu mse sem 1...smua ny indah (memang la..xtw nk wat pe sbenany..).sbenany puas ak ngt password blog ni pe...slamat ngat akhirny...boring ny la ak sekarang ni...mood merajuk ngn iji (adk ok...). ok la..nti ak rjen ak bkk ag blog ni k...salam...

October 17, 2010

pemerengganan

PEMERENGGANAN – ARTIKAL MENCARI DINAMIK POLITIK KAMPUS
1.    AYAT TESIS
-       Fenomena ‘ the angry young man’ atau golongan muda yang marah-marah adalah satu keadaan yang biasa berlaku dalam mana-mana negara di dunia. Fenomena ini menyaksikan bagaimana golongan muda yang vokal dan lantang dalam menyatakan pendirian mereka.

2.    AYAT  TOPIK
-       Sudut pidato yang kini dibenarkan semula pelaksanaannya di semua kampus adalah gelanggang perdana kepada untuk menyatakan pandangan terhadap sesuatu isu. (PERENGGAN KE 3)

-       Selain itu, Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) yang diadakan setiap tahun boleh menjadi contoh terbaik bagaimana pertumbuhan idea dan pemikiran wujud meskipun ia berlaku dalam keadaaan yang terkawal. (PERENGGAN KE 4)

-       ...penggunaan e-undi di UM dilihat sesuatu yang amat baru dan menarik perhatian banyak pihak. Isu seperti keyakinan kepada sistem, ketelusan pemilihan dan undi adalah rahsia pengundi menjadi topik utama yang dibahaskan. (PERENGGAN KE 2 PILIHAN RAYA KAMPUS)

3.    PERENGGAN DEDUKTIF
a.    Perenggan deduktif
-       Kementerian memandang serius pelaksanaan pemilihan MPP kerana ia adalah satu proses demokrasi yang sewajarnya memberi pengalaman politik yang terbaik sebelum pelajar melankah keluar. Di sinilah mereka didedahkan dengan elemen penting dalam proses  demokrasi seperti kebebasan bersuara dan kuasa untuk memilih pemimpin. (PERENGGAN KE 2 TERIMA CADANGAN)

b.    Perenggan induktif
-       Seperti kata Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, pelaksanaan e-undi sewajarnya tidak boleh dipertikaikan terutama dalam era ledakan maklumat dan penggunaan teknologi. Apa yang penting jelasnya, kepercayaan pelajar terhadap sistem yang dilaksanakan. Tegas beliau, apa jua sistem yang terbaik di dunia jika tidak didukung dengan keyakinan, ia pasti mengundang masalah.(PERENGGAN KE 3 PILIHAN RAYA KAMPUS)


c.    Perenggan deduktif kompleks
-       Bagaimanapun, saya percaya pelaksanaan pemilihan MPP boleh diperkemaskan dari semasa ke semasa supaya ia mencapai kualiti yang tidak boleh diragui. Pihak Universiti wajar mengambil iktibar dan mencari jalan untuk memperbaiki kelemahan jika ada. Seperti pandangan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah bahawa proses demokrasi di kampus, misalnya wajar menjadi contoh kepada pilihan raya umum keran ia berlangsung dalam ‘gedung ilmu’. Kualiti pemilihan MPP jelasnya mesti tidak boleh rendah daripada pilihan raya umum. (PERENGGAN KE 4 PILIHAN RAYA KAMPUS)

4.    PERENGGAN PENGENALAN
-       Menggunakan kontras keadaan
CONTOH: Fenomena ‘the angry young man’ atau golongan muda yang marah-marah adalah satu keadaan yang selalu berlaku dalam mana-mana Negara di dunia.

5.    PERENGGAN PENUTUP
-       Perpecahan dikalangan pelajar sebelum menjelang pasca pemilihan MPP wajar diperbaiki. Meskipun perbezaan pandangan itu lumrah dan perlu diraikan , pelajar harus tahu dimana mereka perlu bersatu. Pertikaian yang berpanjangan tidak akan membawa mereka kemana-mana.(PERENGGAN KE 4 LABEL CALON)

6.    PERENGGAN TRANSISI
-       Pihak Kementerian Pengajian Tinggi KPT sendiri sedia menerima apa jua pandangan bagi mamantapkan pelaksanaan pemilihan MPP. Menteri juga sudah menyatakan kesediaannya untuk menerima mana-mana memorandum daripada pelajar asalkan ia dikemukakan dengan tertib dan aman. (PERENGGAN PERTAMA TERIMA CADANGAN)

7.    PERENGGAN DIALOG
-       Seperti pandangan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah bahawa proses demokrasi di kampus misalnya wajar di jadikan contoh kepada pilihan raya umum kerana ia berlangsung di dalam ‘gedung ilmu’ .(PERENGGAN KE 4 TERIMA CADANGAN)


8.    3 CIRI PERENGGAN YANG BAIK
A.   KEPAUTAN
Ø  Apa yang menarik, semua calon yang bertanding terdiri daripada pelajar      awam sahaja.Bagaimanapun pegawai kadet tidak melepaskan peluang untuk menunaikan tanggungjawab mereka sebagai pengundi.  (PERENGGAN 2 PENGALAMAN BARU)

B.   KEJELASAN
Ø  Pihak Kementerian Pengajian Tinggi KPT sendiri sedia menerima apa jua pandangan bagi mamantapkan pelaksanaan pemilihan MPP. Menteri juga sudah menyatakan kesediaannya untuk menerima mana-mana memorandum daripada pelajar asalkan ia dikemukakan dengan tertib dan aman. (PERENGGAN PERTAMA TERIMA CADANGAN)

C.   KESATUAN
Ø  Pendidikan demokrasi seperti ini harus ditanam dan dilestarikan supaya pelajar boleh menjadi warganegara yang baik, bertanggungjawab dan budiman. Lebih penting mereka menghormati, mempercayai, dan menghargai demokrasi itu sendiri.(PERENGGAN KE 3 TERIMA CADANGAN)

9.    TEKNIK MENSTRUKTURKAN IDEA
-       Teknik Perbandingan
§  kepada ahli MPP yang Berjaya dan diamanahkan penuhilah kepercayaan itu sebagai satu taklif iaitu tanggungjawab yang perlu ditunaikan dan bukannya tasrif atau glamor yang gemerlapan. Jawatan bukanlah alas an untuk bermegah-megah jauh sekali menggunakannya untuk kepentingan peribadi.(PERENGGAN KE 4 LABEL CALON)

-       Teknik Proses
§  Pemilihan MPP ini juga memperlihatkan pengalaman baru bagi sesetengah kampus seperti Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) apabila kali kedua melaksanakannya sejak ia diperkenalkan tahun lalu. Sebanyak 13 kerusi dipertandingkan iaitu 5 kerusi diperuntukkan bagi kawasan kampus manakala lapan kerusi diagihkan bagi kawasan fakulti. (PERENGGAN PERTAMA PENGALAMAN BARU)

-       Teknik Sebab dan Akibat
§  Mungkin sedikit mengecewakan ialah pemilihan MPP kali ini masih menyaksikan label diberikan kepada calon yang bertanding. Label seperti proaspirasi dan promahasiswa sebenarnya tidak banyak membantu kepada perkembangan pendidikan politik kepada pelajar. Sebaliknya, ia hanya menambahkan lagi tahap polarisasi dikalangan pelajar di kampus. Jika sebelun ini pelajar dikatakan bersosial dalam linkungan rakan etnik yang sama saja, label sepertu proaspirasi dan promahasiswa ini dikhuatiri menjarakkan lagi rantaian sosial antara mereka. (PERENGGAN KE 3 PENGALAMAN BARU)





September 16, 2010

Bersatu Kita Teguh Bercerai Kita Roboh

Pada 30hb Ogos (20 Ramadhan) yang lepas negara Malaysia telah menyambut Kemerdekaan buat kali ke-53. Ini menarik minat saya untuk mengulas mengenai iklan ini yang amat mencuit hati. Iklan ini memaparkan plot penceritaan yang tersusun, ia membuatkan penonton mudah memahami mesej  yang cuba disampaikan. Contohnya, pada mulanya diperlihatkan suasana pertandingan selepas itu pasukan merah dan kuning diperkenalkan, dan acara pertandingan dimulakan. Ini telah menunjukkan plot iklan ini amat tersusun penceritaannya. Manakala, teknik pula memperlihatkan gerakan kemera amat bagus dan profesional kerana tiada gegaran atau bayangan objek, bahkan iklan ini amat menarik apabila memperlihatkan aksi perlawanan kayak di atas air. Selain itu, iklan ini juga memasukkan unsur-unsur jenaka di dalam penceritaan.  Mutu lakonan aktres di dalam iklan ini amat bagus dan mereka dapat memegang watak dengan baik. Contonya, Osman Kering yang memegang watak sebagai juru acara amat mencuit hati penonton dengan lakonananya, manakala pasukan kunig pula dapat memegang watak dengan baik sebagai seorang yang bengis dan mementingkan diri sendiri. Iklan ini wajar ditonton kerana mempunyai mesej yang mendalam iaitu memupuk semangat perpaduan dan bekerjasama dalam mempertahankan kedaulatan dan kemerdekaan negara setelah kita bersusah payah untuk memperolehinya.

Pahit Manis Sama Dirasa..Satu Arah Satu Negara..1 MALAYSIA....!!!!





















August 14, 2010

ciri-ciri pantun ramadhan al-mubarak

MENGGUNAKAN WACANA PELUKISAN :contoh, terasa sukar mengawal situasi,
MENGGUNAKAN BAHASA KIASAN :contoh, menjerat jiwa menahan diri,
MEMILIH DIKSI SECARA BERHATI-HATI :contoh, siang hari bermujahadah kalbu,
BERSIFAT KOMUNIKATIF :contoh,  yang Maha Esa sentiasa di sisi,
BERSIFAT IMIGINATIF DAN FIGURATIF :contoh,  hati bertaut rasa dikongsi,

Pantun Ramadhan Al-Mubarak




Salam dihulur kasih diterima,
Agar ikatan terjalin mesra,
Syaaban berlalu Ramadhan menjelma,
Tingkatkan amalan di bulan mulia…


Hubungan terjalin sesama manusia,
Hati bertaut rasa dikongsi,
Nafsu dikawal elakkan dosa,
Hati disuci membersih diri…


Menjerit jiwa menahan diri,
Terasa sukar mengawal situasi,
Tekadkan nurani cekalkan hati,
Yang Maha Esa sentiasa di sisi…


Sahur hidangan sebelum subuh,
Azan Maghrib tanda berbuka,
Genap Sebulan Ramadhan berlabuh,
Tidak jemu memohon berkat dan keredhaanNYA…


Siang hari bermujahadah kalbu,
Terawih,tadarus menghiasi malam hari,
Malam Lailatul Qadar diharap dapatku temu,
Semoga beroleh ketenangan dihati...

August 13, 2010

Pertama Kali Berpuasa Sebagai "Mahasiswa UUM"

Selamat Berpuase Semua!! =)

Salam Ramadhan dan selamat berpuase...
Nak share pengalaman pertame kali berpuase jauh di tempat orang.perasaan sangat la sedih.mase ni ingatan kt rumah sgt kuat.teringat kenangan buke puase dgn mak,ayah n adik beradik yang lain. =( Mcm2 nasihat yang mak n ayah bagi utk kurgkn rse sdey dlm hati ni.Alhamdulillah..walaupn msih bsedih lagi,tetp akn try untk biasekan dn sesuaikn dri dgn suasane n keadaan baru. Semoge Ramadhan kali ni beroleh rahmat dan keberkatan dari Allah s.w.t dan dapat jadi lebh baik dri sebelum ni serta hdup sntiase diredhai Allah..i.Allah..amin...untuk family nun di negeri Pahang..salam rindu dri ank mu di Utara tanh air..kepade adik2 dan kwn2 yg brade di Muadzam Shah, I.Allah kte jmpe awl buln depan..smoge sgale ujian dan dugaan yg ditempuhi sepanjang berada di UUM mnjadi medan jihad yang diberkati bagi berjuang untk memiliki segulung ijazah serta dapat mematang dan mendewasakan diri utk menempuhi hari2 yg mndatang dgn penuh kekuatan dan keyakinan diri..i.Allah..amin...